Funding Contractors menawarkan produk pembiayaan jangka pendek patuh syariah yang dikhususkan kepada segmen kontraktor perumahan dan pemilik/penjual hartanah yang sedang menunggu tuntutan bayaran.
Kontraktor perumahan yang berdaftar dengan CIDB, mempunyai projek perumahan yang telah diluluskan pembiayaan akhir oleh LPPSA atau bank layak untuk memohon.
Funding Contractors beroperasi di bawah Sinaran Mega Solution Sdn Bhd yang menjalankan perniagaan pembiayaan kontrak syariah di bawah program Go Halal Financing beserta pengiktirafan dari Afsha Shariah Advisory.
Had pembiayaan bagi setiap syarikat kontraktor adalah sehingga RM300,000.00 dan tempoh pembiayaan adalah sehingga 6 bulan tertakluk kepada terma dan syarat.
Funding Contractors menggunakan konsep Tawarruq dalam urusniaga jual beli komoditi ‘air-time’ yang disediakan platformnya oleh As-Sidq yang digunakan secara meluas oleh bank-bank patuh syariah di seluruh negara.
Kadar keuntungan serendah 5% sebulan tertakluk kepada terma dan syarat.
Kaedah bayaran balik kepada Funding Contractors adalah secara ‘one off’ apabila bayaran klaim projek diterima.
Funding Contractors akan memberi rebat ke atas penyelesaian awal dari tempoh yang dipersetujui, tertakluk kepada pengiraan kadar keuntungan beserta terma dan syarat yang ditetapkan.
Unit pemulihan kami akan mengambil tindakan senarai hitam mengikut lunas undang-undang yang dibenarkan.